WEEK 5 (16/11/2022)

 TUGASAN INDIVIDU


Pada minggu ini tiada kelas fizikal tetapi digantikan dengan "asynchronous class" iaitu kelas secara sendiri. Ia membolehkan anda belajar mengikut jadual sendiri dalam jangka masa tertentu. Anda boleh mengakses dan menyelesaikan kuliah, bacaan, kerja rumah dan bahan pembelajaran lain pada bila-bila masa dalam tempoh satu atau dua minggu. Kami mendapat tugasan untuk menghasilkan satu video berkenaan dengan teknologi dalam pembelajaran dan perlu meletakkannya di dalam YouTube. 


Kami perlu menyiapkan tugasan sebelum jam 9PM. Bentuk video, isi kandungan dan tajuk video adalah bergantung pada kreativiti masing-masing. Saya menggunakan aplikasi Canva untuk meghasilkan video ini. Ia agak susah pada mulanya kerana saya belum pernah menggunakan aplikasi ini dan pertama kali menggunakannya. Hasil daripada beberapa sumber saya berjaya menyiapkan video ini dengan pada waktu yang ditetapkan. Setiap sumber yang digunakan mestilah dkreditkan untuk mengelakkan copyright issue.Pembelajaran hari ini dapat membantu saya mencari maklumat sendiri dan mengembangkan lagi kemahiran penggunaan ICT mengikut kreativiti sendiri. Link untuk video saya seperti di bawah:


https://www.youtube.com/watch?v=HTPhCN4cUyE&feature=youtu.be




Melalui pembacaan saya daripada mana mana sumber, Teknologi adalah satu proses, kaedah atau idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat bahan itu mencapai kejayaan. Teknologi dalam Pengajaran pula adalah proses yang kompleks dan bersepadu melibatkan manusai, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah serta mereka bentuk, menilai dan menyelesaikan masalah di mana proses pembelajaran itu bermatlamat dan terkawal.  


Penggunaan telefon pintar, komputer riba dan tablet yang semakin rancak ini membantu guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengakses maklumat lebih cepat. Pelbagai aplikasi media sosial yang ada untuk berkongsi ilmu ilmu yang berkaitan pembelajaran. Sekiranya digunakan dengan cara yang betul, secara tidak langsung teknologi memberi kesan yang baik dalam pembelajaran. 


Comments